Jenis permainan maya Sword_Art_Online

Sword Art Online

Sword Art Online (ソードアート・オンライン, Sōdo Āto Onrain) (SAO) merupakan permainan maya bertemakan abad pertengahan. Dalam permainan ini juga pemain boleh bermain dalam sebuah istana besar digelar Aincrad yang mempunyai 100 tingkat. Sesetengah pemain mempunyai kebolehan "Pedang Asal (Sword Skills)" untuk bertempur dengan pelbagai musuh.

ALfheim Online

ALfheim Online (アルヴヘイム · オンライン, Aruvuheimu Onrain) (ALO) merupakan permainan maya bertemakan pari-pari. Dalam permainan ini, pemain mempunyai sayap untuk terbang. ALO merupakan kawasan sangat luas dan di tengah ALO terdapat pokok yang sangat besar bernama Pokok Dunia (世界樹, Sekaiju) yang juga digelar Yggdrasil (イグドラシル, Igudorshiru). Setiap pemain mempunyai salah satu kuasa elemen antaranya api, air, tanah, air, kegelapan dan cahaya. Sesetengah orang yang pernah bermain permainan VR lain mempunyai kebolehan "Kemahiran Pedang Asal (Original Sword Skills)".

Dalam ALO terdapat pelbagai kaum. Antaranya ialah:

  • Cait Sith (ケットシー, Ketto Shī) yang mempunyai berkemahiran penjinak haiwan dan mata yang sangat tajam. Juga mempunyai ekor dan telinga seperti kucing. Contoh watak iaitu Silica dan Sinon.
  • Gnome (ノーム, Nōmu) yang mempunyai kuasa elemen utama iaitu tanah berkemahiran melombong. Biasanya kaum Grime berwarna coklat dan merupakan kaum terbesar dalam ALO. Contoh watak iaitu Agil.
  • Imp (インプ, Inpu) yang berkemahiran melihat waktu malam dengan lebih jelas. Warna tema mereka ialah ungu. Contoh watak iaitu Yuuki.
  • Leprechaun (レプラコーン, Repurakōn) iaitu kaum tukang besi berkemahiran mencipta dan membaiki senjata serta menguasai elemen cahaya. Sayapnya berbentuk simbol mekanikal. Contoh watak iaitu Lisbeth.
  • Pooka (プーカ, Pūka) yang mahir dalam muzik dengan menggunakannya untuk bertujuan pengeliruan, serangan atau sokongan.
  • Salamander (サラマンダー, Saramandā) iaitu kaum yang mempunyai kelebihan dalam serangan di samping menguasai elemen api. Warna tema mereka ialah merah. Contoh watak iaitu Klein.
  • Spriggan (スプリガン, Supurigan) yang berkemahiran ilusi, dan mencari harta. Warna tema mereka ialah hitam. Contoh watak iaitu Kirito.
  • Sylph (シルフ, Shirufu) iaitu kaum paling pantas dari segi penerbangan dan serangan yang juga menguasai elemen angin. Warna tema mereka ialah hijau. Contoh watak iaitu Leafa.
  • Undine (ウンディーネ, Undīne) yang berkemahiran menyembuh seseorang, serangan pantas dan menguasai elemen air. Warna tema mereka ialah biru. Contoh watak iaitu Asuna.
  • Pixie Navigasi (ナビゲーション・ピクシー, Nabigēshon Pikushī) iaitu kaum pari-pari kerdil. Dalam permainan ini kaum ini hanya boleh didapati dengan membayar yuran tambahan ataupun memenangi cabutan bertuah.
  • ALFs iaitu pari-pari legenda (raja) yang tinggal di atas Pokok Dunia. Berkemahiran terbang tanpa batas, tetapi ramai pemain kecewa apabila dapat mengetahui bahawa kaum ini tidak wujud sama sekali.

Gun Gale Online

Gun Gale Online (ガンゲイル · オンライン, Gan Geiru Onrain) (GGO) merupakan permainan maya bertemakan senjata api. Permainan ini sangat rumit. Pemainan ini juga mempunyai pedang tetapi tidak mendapat sambutan ramai kerana kebanyakan permain lebih gemar bermain melalui jarak yang jauh. Permainan ini menggunakan duit yang sebenar. Kejohanan utama permainan ini ialah Bullet of Bullets (BoB), iaitu sesiapa yang menjuarai kejohanan tersebut mendapat ganjaran yang lumayan.

Alicization

Project Alicization (プロジェクト・アリシゼーション, Purojekuto Arishizēshon) (PA) atau dikenali sebagai Underworld (アンダーワールド, Andāwārudo) (UW) merupakan dunia maya yang dirahsiakan oleh pihak kerajaan yang diuruskan oleh syarikat misteri Rath. Aliran masa berlalu seribu kali lebih cepat daripada di dunia sebenar.

Ordinal Scale

Ordinal Scale (オーディナル・スケール, Ōdinaru Sukēru) (OS) merupakan permainan VR di dunia realiti. Permainan ini yang menggunakan peralatan gajet Auguma yang mensimulasikan realiti semasa pemain masih sedar (realiti berperantara) telah diperkenalkan kepada orang ramai menggantikan sistem AmuSphere FullDive yang mana kebolehan pemain disenaraikan oleh nombor ordinal (menunjukkan kedudukan relatif).

Rujukan

WikiPedia: Sword_Art_Online http://www.animenewsnetwork.com/daily-briefs/2016-... http://www.animenewsnetwork.com/interest/2011-10-0... http://www.animenewsnetwork.com/interest/2012-03-3... http://www.animenewsnetwork.com/news/2012-10-26/sw... http://www.animenewsnetwork.com/news/2013-08-12/sw... http://www.animenewsnetwork.com/news/2014-05-17/an... http://www.animenewsnetwork.com/news/2015-10-04/sw... http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-03-13/sw... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2013/12/31/s... http://www.crunchyroll.com/anime-news/2017/09/30-1...